Tiada Bahan Terlarang !!!???
Oleh Hayati Ibrahim
SHAH ALAM: Pengeluar roti berjenama High 5, Silver Bird Berhad (Silver Bird) menegaskan syarikatnya tidak menggunakan bahan terlarang dalam produk roti keluarannya seperti
disiarkan akhbar, baru-baru ini.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Jackson Tan Han Kook, berkata sehubungan
itu, pengguna tidak perlu bimbang kerana syarikat menggunakan minyak sayuran tempatan
'Tin Grease' bagi menggantikan minyak 'Trennaktiv PR100' yang kini dalam proses ujian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Penggunaan Trennaktiv PR100 yang diimport dari Jerman dihentikan selepas pihak berkuasa
mengarahkan bahan berkenaan diuji bagi memastikan ia halal digunakan dalam pembuatan kami.
"Kami sentiasa memberi tumpuan kepada mutu roti dan tidak pernah berkompromi mengenainya. Jadi kami perlu mematuhi arahan pihak berkuasa supaya produk kami diyakini
semua pengguna," katanya pada sidang media selepas membawa wakil media melawat kilangnya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar pada 7 September lalu yang menyebut sebuah kilang memproses roti terkenal di Nilai 3, Negeri Sembilan, diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan selama dua minggu kerana didapati kotor serta menggunakan bahan
disyaki tidak halal.
Operasi disertai Jakim, Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai, Jabatan Imigresen
serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selepas menerima aduan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai keadaan kilang
yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat roti itu kerana aduan tidak
disertakan bukti dan selepas memperoleh bukti, termasuk gambar, serbuan dibuat.
Terdahulu wakil media dibawa melawat keseluruhan kawasan kilang berkenaan
untuk melihat sendiri bagaimana sistem operasi dijalankan sekali gus membuktikan syarikat
berkenaan tidak pernah berkompromi mengenai kualiti produk yang dikeluarkan.
Sementara itu, Tan berkata, syarikatnya sedang dalam proses pemulihan termasuk membaiki
kerosakan lantai dan membersih kawasan kilang berkenaan.
"Kami menjangkakan kilang berkenaan bersedia untuk diperiksa Kementerian Kesihatan akhir
minggu ini dan ia dijangka memenuhi piawaian ditetapkan pihak berkuasa.
"Kami yakin kilang yang sudah diberikan pensijilan halal sejak sekian lama itu akan lulus
dalam pemeriksaan itu," katanya.
Di samping itu, Silver Bird membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada 11 September
lalu mengenai perkara berkenaan supaya penyiasatan boleh dijalankan.
"Saya percaya polis sedang mengadakan penyiasatan dan adalah subjudis untuk saya
mendedahkannya.
"Namun begitu, penyebaran khabar angin mengenai keraguan status halal dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan memberikan kesan kecil kepada syarikat," katanya.
Menurutnya, pihaknya sudah berbincang dengan pengedar mengenai masalah berkenaan, malah ada beberapa pengedar dari pasar raya tempatan datang melawat kilang terbabit
bagi melihat sendiri pemprosesan roti keluarannya.
"Namun begitu, kami belum mendapatkan butir lengkap mengenai penurunan berkenaan kerana masih mengumpul data daripada lebih 12,000 pengedar di seluruh negara.
"Apa yang penting, kami ingin memastikan pelanggan setia jenama High 5 yakin roti yang
mereka nikmati sejak sekian lama adalah berkualiti," katanya.
Saturday, September 23, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment