Saturday, September 23, 2006

Ramai askar gila lepas berperang di Iraq

WASHINGTON: Lebih satu pertiga daripada veteran perang Iraq dan
Afghanistan yang mendapat rawatan perubatan dari Pentadbiran
Kesihatan Veteran mempunyai tanda-tanda tekanan atau kegagalan
mental lain, 10 kali ganda meningkat berbanding 18 bulan lalu, kata
kajian agensi.

Kes yang meningkat itu berikutan lebih ramai tentera ke Iraq dan
Afghanistan menimbulkan kebimbangan di kalangan kumpulan veteran itu
bahawa agensi berkenaan tidak mampu memenuhi tuntutan mereka.

Mereka berkata, veteran itu perlu menunggu lama untuk temu janji
doktor, berhadapan dengan kekurangan kakitangan dan peralatan di
pusat perubatan yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Kerahan untuk tempoh panjang dan berulang kali ke Iraq dan
Afghanistan mengakibatkan tekanan tinggi.

Di Iraq, tentera juga berhadapan serangan di luar jangka setiap hari
dan pengeboman di tepi jalan ketika mereka berjuang di kawasan
pemberontakan.

Pegawai Jabatan Pertahanan dan Veteran, berkata aduan tekanan dan
tanda-tanda kegagalan mental yang meningkat di kalangan tentera
memaksa usaha lebih keras dilakukan bagi menangani masalah itu.

"Tetapi ia lebih baik berbanding generasi lalu," kata Paul
Rieckhoff, pengarah eksekutif Veteran Amerika Iraq dan Afghanistan. –
AP

No comments:

Template Designed by Douglas Bowman - Updated to New Blogger by: Blogger Team
Modified for 3-Column Layout by Hoctro