Sunday, September 17, 2006

Maklum Balas Selepas Perkahwinan Siti Nurhaliza

Berikut adalah maklum balas selepas majlis perkahwinan
Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamad Jiwa

Rosyam Nor:

"Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak
dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi
tawaran lumayan untuk jadi hos rancangan MAWI-INA.
Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next
time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan
teringin nak siar kat TV, jemputlah saya untuk jadi
hos".

Datuk Yusof Haslam:

"Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan
mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun
Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi
saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan
Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal
dan berusia sesuai untuk watak Datuk K".

Datuk Sharifah Aini:

"Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap
menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan
Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat
jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah".

Ella:

"Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas
ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk".

Mawi:

"Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir
malam tu. Bukan niat saya untuk 'potong line' tapi
saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah
rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira
dengan suaminya. Selamat pengantin baru".

Ina (Tunang Mawi):

"Jaga mak....Jaga mak... Jaga mak..".

Aznil:

"Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro
ugut nak pecat saye kalau saye tak nak jadi hos untuk
MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit
sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit".

Pak Lah:

"Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit
hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk
Siti"

Sammy Vellu:

"Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade
mereke. Tol tidak akan dinaikkan untuk beberape taun.
Siti boleh le selalu balik kampung di Kuale Lipis".

Syarifah Amani:

"I didn't go cos I will look stupid if I wear kurung
Melayu".

Karam Singh Walia:

"Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak
semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti
mendapat si ayam tua".

Muhammad Aazif (anak Datuk K):

"Kalau dulu bila sambut Mother's Day kami akan
nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father's Day
tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi
tak sesuai utk papa. But this time we all boleh
nyanyikan lagu tu.. "Ayahku Kahwin Lagi".

No comments:

Template Designed by Douglas Bowman - Updated to New Blogger by: Blogger Team
Modified for 3-Column Layout by Hoctro