Sunday, September 17, 2006

Syirik yang tak kita sedari...

Ini adalah petikan email yang difarward kan pada saya....

Wallahualam...

Ceramah Ustaz Harun Din

Assalamualaikum sahabat2ku...

Aku tulih email ini untuk menyampaikan pesanan Ust. Harun Din...

Aku amat berharap kawan2 dapat bersabar dan membace sehingga habis email
ini supaya selesai tanggungjawab aku untuk menyampaikan maklumat ini.

Begini cerita dia...

Aku, azli, nin dan nitham telah bertolak ke kg. air baloi, pontian untuk
mengikuti ceramah ust. harun din ( kire2 sejam dari utm ).

Beliau mengupas soal syirik.. Dan aku rasa kawan2 semua patut tahu apa
kupasan tersebut..

Terlebih dahulu aku nak katakan disini bahawa aku bukannya memandai
mandai dalam soal agama yang aku nak sampaikan ini tetapi cuma untuk
menyampaikan apa yang aku dengar... jelas.. siap dok baris depan lagi, depan
speakar...

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang
famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan
sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa

" segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-
cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi
sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya
pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut
tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik
gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan
undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata...

" bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah
mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar
zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi...

" walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak
melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa
tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...

" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala
kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan
dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan
termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya...

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM )!

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala
maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada kawan2 semua
kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2 daripada
Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar.

Wassalam..

NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN
BM # 4 FED
CPT SCREEN FED
06-6701343

No comments:

Template Designed by Douglas Bowman - Updated to New Blogger by: Blogger Team
Modified for 3-Column Layout by Hoctro