Saturday, September 23, 2006

Perbezaan not tulen dan palsu

SUKAR dibezakan dengan mata kasar daripada segi warna dan saiznya
kecuali diletakkan di bawah alat pengimbas cahaya ultra ungu.

Bagi yang tidak mempunyai alat ultra-ungu, pastikan tidak sewenang-
wenangnya menerima wang kertas terutama RM10, RM50 dan RM100.
Bagaimanapun, wang kertas RM5 agak sukar dipalsukan kerana ciri
keselamatan yang agak tingi.

Periksa dengan teliti setiap wang kertas diterima kerana pasti
mempunyai perbezaan terutama daripada segi kualiti dan ciri
keselamatan seperti:

>Tidak mempunyai garis holografik yang menampakkan perkataan `RM50'
atau `RM100'.

>Tidak mempunyai huruf `BNM' di bahagian kanan wang kertas seperti
yang dimiliki wang kertas RM50 dan RM100 tulen.

>Tidak mempunyai ciri keselamatan gambar Yang di-Pertuan Agong
pertama yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar kecuali
diletakkan di bawah cahaya.

>Warna wang kertas palsu juga mudah luntur kerana menggunakan bahan
pewarna yang murah.

No comments:

Template Designed by Douglas Bowman - Updated to New Blogger by: Blogger Team
Modified for 3-Column Layout by Hoctro